Sunday, March 16, 2014

Pantai tanjung biruuuuu

Assalamualaikum...

Haritu classmate aku ajak picnic kat pd. aku tak boleh dengar kalau nak picnic kat pantai ni. Terus aku excited. Lagi2 ade sorang kat pd ni. Eh. Hahahahhahahhahahhahaha. Ok. Semalam aku pon bertolak dari somban 3 pukul 2 lebih macam tu. Kawan aku 3 orang dah pi dulu sebab nak survey tempat. Aku dengan syu lambat sikit sebab tunggu syu buat keje.

Dengan bantuan encik gps maka sampai la kiteorang kat PD. Sekarang nak cari pantai tanjung biru pulak. Aku tak pernah pi sana. Yang aku tau satu tempat tu je yang ramai orang tu. Teluk kemang kot. Ehh tah la. Tp situ memang ramai la. Cha bagitau cari ade batu tulis teluk kemang. Aku pon dok imagine batu besarrr.  Tapi bila nampak kecik je batu tu pastu masuk kanan. Yang aku pelik signboard tulis tentara dan kenderaan berat keluar masuk. Dah kenapa pulak. Ni aku salah masuk ke? Call cha tanye pasal benda tu dye cakap tak. So aku pon kua balik dari jalan tu. Blur sangat aku text faisal. Sbb aku rasa mesti la dye tau tempat ni. Dah bertahun dok pd kan? Ok x reply. Aku pon masuk balik area tu kot2 la kat dalammm lagi ke? *dalam otak aku dok imagine tetibe encik askar tahan tanye nak pi mana.ahhahahahha* pastu faisal call. Dye tanye aku nak pi mana sebenarnye ni. Pas cite dye tanye kat situ ade bus stop kan? Haaaa betull. Ade apartment putih kan? Orang nampak kaler kuning je ni? Pastu dye pelik. Aku? Lagi la pelik.!!!! Tengah dok cakap2 dengan faisal tetibe aku cakap. Jap. Rasa betul la ni? Redha  je ni!!

Tengok2 betul la tempat ni. Kua2 kereta nampak pantai terus aku speechless. Excited. Subhanallah. Cantikkkkkkk sangattt pantai tuuu!! Time tu air tak pasang lagi tauu. Orang pon tak ramai. Tenangg je. Time tu aku rasa hilang terus ape yang buat aku stress. Hilang terus penat. Serius cantik gila oantai tu. Sampai pon xde.sebab pekerja tu baru lepas bersihkan kot. Tapi seriussss cantikk!!!! Yup. I love beach soooooooooo much. Angin kat pantai buat aku rasa tenang sangattttt. Im in love dengan pantai tu. Memang dalam kepala aku kalau stress sangat aku pi sini je. X jauh pon. 33km je. Macam aku ulang alik dari rumah aku ke rumah maktam la jugak.

Dorang buat bbq. Tapi time aku dgn syu sampai tu, ayam dah nak siap bakar dah. Terus makan. Dorang 4 orang je mandi. Aku? Aku mandi tak minat sangat. Aku lagi suka duduk, tengok environment, tengok orang2 yang tengah happy. It makes me happy!! Pastu amik gamba2 dorang. Pastu dorang main ape tah yang macam banana boat tu. So tinggal aku sorang2. Hahahhaa

Tetibe tgh dorang tuka baju tu tetibe hujan. Hujan kemain lebat weyyyyy. Sedih jugak la. Sebab aku kalau boleh nak tengok sunset. Tp xpe la. Hikmah hujan ni kurang sikit haze. Pd dengan somban kat haze dah masuk unhealthy. Maybe next time boleh tengok sunset. Insyaallah. =)

Aku nak share gamba pantai tanjung biru tapi this is my first time update blog pakai ipad sebab malas nak on laptop. Pastu dye suruh download apps kalau nak share gamba. Malas aku. Battery pon tinggal 6% je. Ni pon taip laju2.

Mekasihhhhhhh

No comments:

Post a Comment