Sunday, August 18, 2013

iftar@reunion@hari raya

harini aku nak naip ikut suka aku. all in 1. aku malas nak buat 1 cite 1 entry. buang masa aku je.ahahahahhaha

#1 iftar@reunion.

rasa nak upload gamba je ni. malas nak taip. mood menaip dari aritu aku seru tak datang2. tah pegi mana pon aku tak tau. yang datang mood makan. asyik makannnnn je. tu yang naik sekilo tu. haish. dah. malas nak merenung nasib lama2.


gila camera!!!!


girlssssssss



VII-tion (7 generation)

=)

RAZIANNNNN =)

ni reunion batch aku. kteorang buat skali dengan iftar. tapi sikit je yang join (46 org) sebab yela. mende ni buat lagi 2 hari nak raya. so ramai yang dh balik kampung. ni budak2 perak je yang ramai join. kecuali si pina. dye special sebab dari penang. gigih budak ni join mende ni.hahahhaha. jap aku serius xde mood nak menaip even banyak mende aku nak cite pasal program ni. lagi2 pasal tentatif yang dorang buat tu. hahahahha. dah habis 1 story.!

#2 after 4years!!!!!!!




yang tudung labuh tu kakak angkat aku (kak iyai) . yang kanan tu kakak dorm aku (kak afix). dua2 orang ni selalu buat aku happy bila kat sekolah. kteorang selalu share cite sama2. dua2 ni kalau buli aku memang hebat.tapi aku pon hebat jugak buli dorang. owh. kteorang beza setahun je. aku dulu rapat dengan senior. nampak tak kat situ.?hahhahahaha. lepas dorang habis spm kteorang tak pernah jumpa dah. tapi still KIT kat facebook+wechat+twitter. kekadang aku koling2 dorang jugak kalau aku rasa nak cari gaduh dengan dorang.hahahhahaha. hari khamis kak afix buat open house kat rumah dye (teluk intan). dye ajak and aku pulak free time tu.memang terus drive pi sana la. hehehe. jumpa2 aku terus gaduh. yang menyampahnye sampai2 dorang terus cakap muka aku ni muka nak bergosip. hahahhaha. kurang asam. 

serius aku rindu gila kat dorang.dulu kat sekolah before tido je mesti aku kene cari gaduh dgn dorang dulu. baru tido aku aman.hehhehehe. banyak mende jugak la yang kteorang sembang. dorang sume kat UIA. pastu kene balik UIA awal sebab ade program. aku pon ape lagi. HAAA? RAJINNYE JOIN PROGRAM SEGALA BAGAI NI. DULU KAT SEKOLAH KAK AFIX DENGAN KAK IYAI LA SELALU PONTENG MANA2 PROGRAM.HAHHAHAHHAA. pastu dorang cakap aku yang selalu ponteng2 ni. mana adeeeee. aku ponteng kalau dorang ponteng.hahahhahhahaha. before balik tu salam2. pastu mesti cakap ayat yang aku biasa dengar sempai aku pon terbuat kat orang lain jugak. SELAMAT HARI RAYA NANA. XPE AKU MAAFKAN KO. hahahahahha. papepon kak iyai dapat title baru raya haji nanti. hehhehehe =)

#3 besfren






yang ni pulak pagi tu boys ajak kua jalan2. aku cakap la aku tak kesah sebab aku dengan aini memang nak kua pon. tapi dorang x decide nak pegi mana lagi. aku pulak lantak koranng la. malas nak tunggu dorang, aku dengan aini kua la dulu. mula2 kteorang gi aeon jap. pastu gi tesco sebab aini nak beli palazzo. time tu dah pukul 4 lebih. aku ingat dorang cancel la plan jalan2 dorang tu sebab diamm je. sampai kat tesco aku terus pi toilet sebab bladder dah tak dapat nak menampung air yang banyak itu. cecece. HAHHAHAHA. yang aku sakit hatinye. time2 tu jugak dorang call. mengamuk la aku sebab tak kena masa. bila dorang tanye aku kat mana aku cakap kat dalam toilet!! dorang gelak je. 

dah tu cakap aku ni lambat. dorang dah kat teluk batik. itu pon buat aku mengamuk.dah la before ni tak bgtau nak pegi mana. pastu dah sampai teluk batik baru call suruh datang sana. nasib la time tu aku tak balik lagi. dah tu suruh beli makanan pulak tu. -_-". so kat tesco aku beli la sikit junk food dengan 5 roti boy. aku cakap kat aini nak suruh dorang share roti boy tu tapi kita berdua makan sorang satu. sampai2 je terus dorang serbu roti tu sampai aku dengan aini x sempat nak jalankan plan kteorang tu. sian. dah macam orang x makan sebulan. ahhahhahaa. tapi sampai2 tu terus aku membebel kat dorang sebab plan tah ape2 ni. si syafiq pulak tiap kali aku membebel kat dorang dye dok pandang sengih2. pastu aku buat tak tau je sebab malas nak layan. siap bagi jelingan maut lagi. pastu dye gelak.pastu aku cakap la ASAL PANDANG2 SENGIH2 HAH? *gaya kerek nak mati* pastu syafiq cakap BOLEH TAK KALAU AKU NAK TUMBUK MUKA HANG? pastu dye gelak. gila kawan aku sorang tu. sembang2 kutuk2. pastu balik. dorang ajak main bowling tapi aku x sanggup nak memalukan diri sendiri kat depan dorang. cukup la kutukan yang aku dapat dari dorang before ni. sobssssssssssssss. ok bai. dah malas nak taip.



Wednesday, August 7, 2013

domam di malam raya

ingat nak update post pasal aku pegi iftar dengan schoolmate aku.tapi itu nanti la. 

pagi tadi aku dengan syira pegi hanta pina dekat terminal bas amanjaya. cane pina boleh datang perak? haaa itu next post aku cite. bertolak dari rumah syira pukul 8 lebih sikit camtu. sampai terminal pukul 9. aku cakap kat syira bia aku drive dulu sebab nanti dye penat. even time tu headache dgn flu dah helo2 kat aku tapi aku gigih jugak la. sian kat syira pulak nanti. bila pina dah naik bas aku dengan syira teruskan la perjalanan kteorang hantar aku balik pulak. terminal amanjaya dengan rumah aku lebih kurang 1 and half hour jugak la kalau ko x menikmati permandangan sambil drive. hehe. yang ni pon aku cakap kat syira bagi aku drive. yela nanti dye nak balik rumah dye balik kang penat pulak. time pegi rumah dye tu aku malas nak bawak kete. tu pasal aku suruh dye jemput aku tu.

sampai rumah dalam pukul 11.30. pastu pukul 12 syira balik pastu aku terus pegi rumah opah aku. time ni flu dengan headache aku makin menjadi2. asyik berrrrsin je. tapi aku gigih jugak la buat koje. yola. ai kan cucu yang rajin.HAHAHHAA. tapi pukul 3 tu memang aku dah tak tahan. stop buat keje aku terus tido. x sedar pon acu tido sebelah aku. bangun2 dye pon lena dah. penat pasang panjut lettewwww. 

bangun tu opah aku tetibe cakap

opah: na. jom teman opah pegi bayar zakat.
nana: opah. nana tak larat. pening kepala. suruh adik.

first time aku tak dapat tolong opah aku. serius time tu memang kepala aku berat sangat2. mata badan panas je. pastu batuk macam batuk kering. keluar jugak la air mata aku sebab sakit sangat. najla cousin aku cakap.

najla: ehh nana demam dye. panas la badan nana.
aku: haah. nana demam tak larat. najla tolong picitkan kepala nana.
najla: okayy

hehe. sayang najla. yang kelakanye dye pi bagitau sume family aku yang aku demam.

IBU.NANA DEMAM.
MAK LONG. NANA DEMAM.
OPAH. NANA DEMAM.
MAK UDA. NANA DEMAM.

ahahahhaa kelaka je. time mak dengan macik2 aku sibuk kat dapur. aku duduk kat buaian je. sebab tak larat nak berdiri lama2. dorang pulak tak bagi aku buat keje sebab demam. pak ngah pulak pegang muka aku pastu cakap.PANASNYE MACAM MANA NAK RAYA NI.HAHHAHHAA. siap gelakkan aku.    -__-. 

time mak dengan macik2 aku sibuk kat dapur aku duduk je kat buaian. tengok acu siapkan panjut dye tu. kan best time tu aku tak demam. boleh aku menyibuk tolong dye. tapi serius aku tak larat gila. cousin aku mintak dukung pon cakap kat diorang aku tak larat. sian dye. nanti nana dah baik demam nana dukung hani dengan ara ye. =)

bukak puasa pastu makan sikit pastu minum barli panas pastu makan ubat. alhamdulillah makin ok la jugak. peluh2 pon dah kua. tapi badan panas jugak. headache still ade tapi x seteruk before makan ubat. cakap pasal ubat. aku ni cerewet sikit. dorang bagi penadol. aku cakap aku tak suka makan penadol. nak ubat yang specific untuk demam dengan flu. nasib la mak ngah aku ade bawak ubat. dah nak tido. penat taip. gigih aku update blog dalam domam ni ha.

get well soon nana. esok dah raya. =)