Friday, April 5, 2013

bahagiaaaaa bahagiaaaa

assalamualaikum...

harini aku nak cite banyak mende. aku tengah ade mood nak merapu ni. tu yang banyak mende nak cite. bhahhahaha

ok first story. last week aku gi rumah mak teh aku sebab nak temankan najla akim dengan hani tido. yela. 30hb tu mak teh aku bersalin. pak teh aku temankan makteh aku kat hospital. sampai kat rumah, mak teh aku mintak tolong masakkan salmon porridge untuk dye nanti. sebab hospital tu ade chicken porridge je. mak teh aku takut sikit nak makan. pastu aku cakap kat mak teh

nanti lepas masak nana nak update kat blog la. pastu nak upload gamba kat fb. hahahhahahha

ni kes nak lawan adik aku la ni. mak aku upload gamba lamb chop yang adik aku masak. siap puji lagi. so aku pon nak lawan la jugak kan? bhahhahaa.  so time masak tu dah berangan2 sikit la nak update dengan penuh riak+takbur. hahahahhaa. tapi bila dah siap je bubur tu aku pikir balik. gila. kalau update kat blog tu ok la lagi sebab xde org nak bace sangat. stakat mak teh aku je. xde la segan sangat nak riak pon kan? tapi kalau post kat fb ni, ramai la pengkritik bebas nanti yang kutuk. pak tam aku tu dah confirm la. belum lagi si yus tu. dye xpayah cakap la. kalah AA kalau mengutuk HAHAHAHHA. so aku tanak upload. tapi aku suruh mak teh aku yang upload gamba tu. hihikkkkkk

nampak tak mak teh puji aku. bahhahahha
my new cousin. hai baby hasyid! muahhhh
ok second story.

before ni aku ade update yang aku tetibe teringin white coffee kan?? tadi gi keluar dengan ila dengan nublah. beli barang sikit. pastu dinner kat noodle station. ha cakap pasal noodle station ni. aku order tomyam seafood sebab kononnye tulis kat situ "hot" la kan? skali makan x pedas langsung. korang taw x maksud pedas yang sebenarnye ha? stakat pedas camtu, tak payah la tulis "hot" kat makanan tu. haishh. hehhehehe. 

ok sambung cite, disebabkan aku dah teringin sangat2 kat white coffee tu. aku pon gi la beli. mula2 nak beli kat K kopitiam. eh K kopitam ke kopitiam K ek? lupa dah. tapi x jadi sebab macam ramai je. so gi la beli kat old town white coffee sebab x ramai orang. bila dapat je minum, aku rasa aku orang yang palinggggg bahagia skali kat shah alam tu. eh over kan? ahhahhahahhaa. ye la. bayangkan. dari hari isnin haritu aku teringin. pastu pulak aku nak white coffee yang kat kedai kopitiam @ old town je. sebab orang2 yang keje kat kopitiam je yang reti buat white coffee. kedai lain x best. gedik kan aku? ske hati aku lahh. haha. so bila dah dapat tu mesti la bahagia kan?

asal x buat sendiri? ok aku manusia yang x reti nak bancuh air. failed! stakat sirap ke tea o ke ok la lagi. ni kalau masuk bab2 milo, tea susu, coffee, nescafe, air yg kene letak susu, air yang kordial tu memang aku failed. 3 in 1 pon aku failed. kalau bagi pilihan masak tomyam atau buat air milo,  aku rela masak tomyam. ce nak bgtaw yang dye reti masak tomyam la tu. HAHHAHAHAHHAHA. ni macik2 yang terbaca blog aku ni kang reject aku jadi menantu dye pulak. jangan risau wahai bakal ibu mertua ku. bakal menantumu ini akan blaja jugak buat air before kawin dengan anakmu itu.HAHAHHAHAHHAHHA. gila.

dah jauh aku merapu ni. sambung balik. jap. pening dah aku ape yang nak sambung ni. haa. pastu aku bagi la ila dengan nublah minum. pastu dorang cakap

tak boleh pahit lagi ke na?

hahahhahhaa. sedap weyyy sedapp. sampai habis aku minum. pastu aku g beli lagi. mula2 macam segan je nak masuk balik OTWC tu taw. tapi xleh. kene beli jugak. hahhahaha. mula2 cashier tu senyum kat aku sebab ye la. x sampai 15 minit, aku datang lagi order air yang sama. time tu aku senyum balik je la kan. pastu lelaki yang hantar air tu pulak cakap. lajunye awak minum. aku pon dah pikir ayat cover before masuk balik kat situ tadi. so aku cakap. ehhh bukan saya punya. kawan saya punya. HAHHAHAHHAA. 

i'm a white coffee lover.hihikkkkk

#kepala aku pening sikit sebab minum sampai dua.hahahahha
#rindu white coffee kat pak li kopitiam
# dah dapat minum, so lagu sweetdream dah jadi sweet balik. hihikkk
# happy 5th birthday akimmmmmmm. nana sayangggg akim. muahhhhhh

mekasiihhhhhhhh

No comments:

Post a Comment